INFO KRT
MISI
Menjadi agensi peneraju untuk memelihara,meningkat dan meperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat malaysia.
VISI
Memeprtingkatkan dan meperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan,Rukun Negara.
SEJARAH PENUBUHAN RUKUN TETANGGA
Rukun tetangga telah ditubuhkan oleh Tun Abdul Rahman pada 29 ogos 1975 asalnya untuk keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut. Pada tahun 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada tahun 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar, kepada fokus sekarang iaitu pembangunan masyarakat setempat.
Peranan utama Rukun Tentangga (RT) ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajiakan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.
TAKLIMAT PENUBUHAN KAWASAN RUKUN TETANGA (KRT) TAMAN BUKIT KATIL INDAH/KENARI MELAKA
Tarikh : 17 Mac 2018
Masa : 5:00 Petang
Tempat : Dewan Orang Ramai,Taman Bukit Katil Indah,Melaka
Sila Layari
TAKLIMAT KESELAMATAN PENDUDUK TAMAN BUKIT KATIL INDAH DAN TAMAN BUKIT KATIL KENARI
Penceramah :YBhg Tn S.I Samsudin (OCS Balai Polis Bukit Baru )
Tarikh : 10/03/2018 (Sabtu)
Jam : 9:00 (Malam)
Tempat : Di Perkarangan Surau Al-Iman
BIRO di KRT
KRT Taman Bukit Katil Indah/Kenari dibahagikan kepada beberapa biro,antaranya adalah :
- Biro Prasarana Dan Perhubungan
- Biro Jiran Warga Emas.
- Biro Kebajikan.
- Biro Pendidikan Dan Modal Insan.
- Biro Hal Ehwal Agama Islam.
- Biro Jiran Wanita Dan Keluarga.
- Biro Jiran Muda Dan Belia.
- Biro Tunas Jiran Dan Kanak-Kanak.
- Biro Ekonomi Dan Keusahawanan.
- Biro Infrastruktur Dan Multimedia.
- Biro Sukan Dan Rekreasi.
- Biro Keselamatan Dan Ketenteraman.
- Biro Kesihatan Dan Alam Sekitar.
- Biro Sosial Dan Kebudayaan.
- Biro Kesukarelawan Dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Setiap Biro harus memainkan peranan yang penting dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.Kami sangat progresif dalam mengadakan setiap aktiviti yang melibatkan seluruh penduduk khasnya di Taman Bukit Katil Indah/Kenari.